Sabtu, 10 Disember 2011

mujahadah wahai hati!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Ehem,apa khabar iman sahabat? mengikut pengetahuan saya,sudah ramai yang sudah bercuti kan?
nak tanya juga,apa perkara pertama yang terlintas di kepala sahabat apabila musim cuti bermula?
mestilah seronokkan? dah habis exam.2,3 minggu tidur tak menentu.mata lebam tak cukup tidur,berat badan      turun sebab tak cukup makan.

Aha!so,bolehlah rasanya kita qado tidur kita,duduk bersenang-lenang dkt rumah atau layan cite korea sampai 2, 3 pagi..mcm tu?
saya ingin ajukan persoalan pada sahabat sekalian.
define seronok,gembira?
adakah seronok apabila kita jauh dari Allah dengan buat benda-benda lagho atau seronok apabila kita dekat dengan Allah?
tepuk dada tanya iman:)

kadang-kadang,ada sahabat yang takut apabila pulang bercuti ke rumah.
takut diri tidak istiqomah dengan amalan yang kita telah buat selama kita di kolej,asrama atau universiti.
saya pun begitu.

namun,pada waktu beginilah kita kena applykan tarbiyyah dzatiyyah.(tarbiyyah pada diri sendiri)

kenapa kita perlu pada tarbiyyah dzatiyyah ini?
salah satunya sebab kita mahu bina roh/iman kita.bayanglah dengan banyak godaan masa cuti ini.games,rancangan tv yang mengguirkan, dan mcm2 agy.hmm,susahkan?iman kita akan menaik dan menurun.so,sangat penting kita mentarbiyyah diri kita agar iman kita tak selalu jatuh.
yang kedua,ibadah akan bertambah.biasanya bila dah balik rumah,ibadah pun buat yang wajib je..yang selalu kita buat dekat kolej/asrama dah sikit-sikit tinggal.apabila kita dapat mentarbiyyah diri kita,ibadah dan amal kita akan mantain dan lagi bagus kalau bertambah.masa cuti,sangat penting kita buat mutabaah amal,agar iman kita dapat ditingkatkan.insyaAllah.
Eeman is speech and action.It increases and decreases.If you perform good deeds.it increases,and if you do wrong,it decreases.


sarana-sarana (cara) tarbiyyah dzatiyah.
muhasabah diri secara rutin.seboleh-bolehnya before nak tido.klu kita buat salah hari ini,kita belajar dari itu, dan cuba baikinya untuk next day.kalu kita dah wat baik ari ini,kita cube jadi orang yang lebih baik lagi.kita juga perlu taubat dari segala dosa.kdg2, secara tak sedar kita dah buat dosa.so, sentiasa istighfar. kemudian,mencari ilmu dan memperluas wawasan.kita kena ada target dalam diri.cuba mendalami ilmu dengan hadir dalam majlis-majlis ilmu dan membaca bahan-bahan fikrah.next,megerjakan amalan-amalan.ibadah yang wajib diperelokkan dan yang sunat ditambahkan.kemudian, mempertahankan aspek akhlak.contohnya, terlibat dalam aspek dakwah.
hah,dakwah? tak pe lah,saya bukan ustaz or ustazah,nak berdakwah ni.
it's a normal statement. dulu saye pun fikir camtu.akhirnya, saya sedar benda itu.kita dihidupkan oleh Allah di atas muka bumi ini supaya beribadat kepada Allah dan menjadi khalifah.
Allah telah menciptakan kita sebaik-baik ciptaan.

Sungguh,Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya surah At-Tin:ayat 4



maka,setiap penghargaan itu datang dengan tanggungjawab.kita perlu sampaikan kepada orang sekeliing kita yang sesetengahnya masih jauh dari sinar Ilahi.kita hanya buat tapi hidayah itu milik Allah.Allah melihat usaha kita bukan natijahnya.

Katakanlah(Muhammad),"inilah jalanku,aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan yakin,Mahasuci Allah,dan aku tidak termasuk orang-orang musyrik"
surah yusuf ayat 108 



akhir sekali, mujahadah.berdoa kepada Allah dengan jujur supaya kita sentiasa di jalan yang lurus.jalan orang2 yang beriman. insyaAllah.


apa penyebab kegagalan tarbiyyah dzatiyah?
-kemalasan menunda-nunda atau berlambat-lambat dalam beramal.
-berlebihan-lebihan melampaui batas dalam perkataan dan perbuatannya
-lemah motivasi diri dan komitmen beramal
-kurang kerjasama
-lari daripada akhuwat(bersendirian).oleh itu,sangat penting,jangan loss contact dengan akhuwat. hantar mesej,skype,fb,ym dengan mereka agar kita dapat duduk beriman sejenak:)


maka,ayuh,sahabat!!mari kita tingkat amal kita.inilah waktu.waktu lapang yang Allah beri untuk kita tingkatkan ibadah dan amal kita.insyaAllah.


“When you sit with People of the Dunya, you become a drop in their ocean, but when you 


sit with People of the Akhira, the dunya becomes a drop in your ocean.”


-copied daripada seorang ukhti




waallahu'alam.yang buruk datang daripada saya,yang baik datang daripda Allah.
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?
(itu)sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.
surah As-saff-ayat 2-3

selamat bermujahadah!


~humaira,kuala lipis,pahang~

 
Copyright (c) 2010 Haura Munawwarah. Design by WPThemes Expert
Themes By Buy My Themes And Cheap Conveyancing.