Ƹ̵̡Óś̵̨̄Ć·¨¯`♥ Money says Earn me forget everything,
Ƹ̵̡Óś̵̨̄Ć·¨¯`♥ Time says Follow me forget everything,
Ƹ̵̡Óś̵̨̄Ć·¨¯`♥ Future says Struggle for me forget everything.
Ƹ̵̡Óś̵̨̄Ć·¨¯`♥"ALLAH" simply says only Remember Me and I will Give you everything.
Assalamualaikum buat yang sahabat yang dikasihi Allah sekalian..rindu tak pade Rasulullah? sayang tak Rasulullah? fitrah manusia jika kita sayangkan seseorang, kita nak buktikan.
maka,jika kita sayang,rindu,cinta pada Rasulullah,mcmne nak buktikan?
berapa kali dalam sehari kita selawat pada Rasulullah s.a.w? berapa kalikah kita lakukan sunnahnya? berapa kalikah kita ingat baginda? bagaimana pulak dengan peribadi kita? adakah kita contohi baginda?
ayuh,fikir sejenak..
banyak sudah pengorbanan Rasulullah dalam menyebarkan agama Islam banyak sudah air mata yang mengalir dari mata baginda baginda dihina,dicerca, diugut oleh masyarakat namun baginda masih berdiri teguh dalam menyampaikan dakwah
masih ingatkah saat baginda berdakwah ke Taif? baginda dibaling batu, hingga berdarah kaki baginda.
Allah mengutuskan malaikat Jibrail lalu malaikat jibrail berkata ‘Hai Muhammad! Sesungguhnya Allah telah mendengar apa yang dikatakan kaummu tadi, dan apa yang dijawabnya pula. Sekarang Allah telah mengutus kepadamu bersamaku Malaikat yang bertugas menjaga bukit-bukit ini, maka perintahkanlah dia apa yang engkau hendak dan jika engkau ingin dia menghimpitkan kedua-dua bukit Abu Qubais dan Ahmar ini ke atas mereka, niscaya dia akan melakukannya!
tetapi apakah Rasulullah kata? Jangan… jangan! Bahkan aku berharap Allah akan mengeluarkan dari tulang sulbi mereka keturunan yang akan menyembah Allah semata, tidak disekutukanNya dengan apa pun… !
saat Rasulullah hendak wafat.Rasulullah masih memikirkan umatnya. subhanaAllah!betapa sayangnya baginda kepada kita. bagaimana sayang kita pada baginda?
Wahai seorang kekasih telah lama kau dirindui
pilu sedih dalam kerinduan menangis pun tak berair mata
namun hati tetap gembira syafaatmu menanti di sana
Sungguh tabahnya hatimu menanggung derita yang melanda
biarpun perit pedih terseksa kerana umat kau tempuhi jua
Wahai rasul kaulah segalanya contoh terbaik umat akhir zaman
akhlak mu tinggi kan kami jejaki sifatmu sempurna pelengkap peribadi
Wahai rasul kami merindui sinaran wajahmu mendamaikan jiwa
manis senyumanmu penawar hiba di hati kami kaulah segalanya
Wahai seorang kekasih telah lama kau dirindui
pilu sedih dalam kerinduan menangis pun tak berair mata
namun hati tetap gembira syafaatmu menanti di sana
biarpun perit pedih terseksa kerana umat kau tempuhi jua
Wahai rasul kaulah segalanya contoh terbaik umat akhir zaman
ahklakmu tinggi kan kami jejaki sifatmu sempurna pelengkap peribadi
Wahai rasul kami merindui sinaran wajahmu mendamaikan jiwa
manis senyumannmu penawar hiba di hati kami kaulah segalanya
Wahai seorang kekasih telah lama kau dirindui
pilu sedih dalam kerinduan menangis pun tak berair mata
namun hati tetap gembira di akhirat kita kan bersua
Sabda Rasulullah s.a.w. Masih belum sempurna iman seseorang daripada kalian sebelum diriku lebih dicintai olehnya daripada hartanya,anaknya dan seluruh manusia (riwayat al- Nasa'i)
Dari Abu Hurairah r.a bahawa nabi SAW telah bersabda:”Allah sentiasa memperkenankan doa seorang hamba selama doa itu tidak mengandungi (perkara) dosa, (perkara yang) memutuskan silaturrahim dan selama tidak meminta supaya cepat-cepat diperkenankan.” Lalu baginda ditanya oleh seseorang:”Apa maksudnya meminta dicepatkan?”Jawab baginda:”Umpamanya seseorang itu berkata dalam doanya:”Aku telah berdoa, aku telah berdoa tetapi aku belum melihat doaku diperkenankan. Lalu aku putus asa dan berhenti berdoa.” (Muslim)
Betulkah setiap doa akan dikabulkan oleh Allah ? Mungkin ada antara kita yang telah berdoa sesuatu namun tidak merasakan keberhasilannya. Selaku hamba, kita harus menyedari bahawa kita tidak berhak memaksa Allah kerana kitalah yang berhajatkan sesuatu bukan sebaliknya. Sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita atau mungkin Allah mempunyai ketentuan lain yang tidak kita ketahui. Mungkin juga doa kita bukan tidak dikabulkan tetapi ditunda waktunya atau diganti dengan yang lebih baik. Nabi Zakaria a.s adalah contoh manusia yang sangat kuat nilai kesabarannya. Baginda telah puluhan tahun berdoa agar dikurniakan zuriat namun belum dikabulkan Allah. Antara isi doa baginda ialah: “Ya Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah ditumbuhi uban, dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepada Engkau, ya Tuhanku. (Maryam:4) sehingga pada akhirnya Allah SWT memakbulkan permintaan baginda dengan mengurniakan seorang anak lelaki bernama Yahya. Begitulah sikap yang seharusnya kita contohi iaitu jangan sekali-kali kecewa dalam berdoa.
Apabila kita berdoa, lembutkanlah suara, rendahkanlah diri kita di hadapan Pencipta. Janganlah berdoa dengan sombong dan menginginkannya segera dimakbulkan.
"berdoalah kepada Tuhanmu dengan berendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melampaui batas."
(Al-A'raf:55) setelah berdoa, berusaha dengan sedaya upaya atas apa yang kita mampu, agar Allah dapat memperkenankan doa kita. Contohnya, sekiranya kita inginkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan lalu berdoa, tanpa melakukan sebarang usaha..adakah Allah dapat memperkenankannya? Mungkin Allah menanti-nanti untuk menkabulkan permintaan kita dan sedia membantu kita, tetapi tidak dapat memberinya kerana kita tidak melakukan sebarang usaha untuk mendapatkannya.
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. (Al Baqarah: 186)
Menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), inilah yang dikatakan berusaha dengan berusaha sebaiknya kerana Allah, sesungguhnya Allah suka orang yang berusaha dan sentiasa dekat dengan kita..
tidakkah anda rasa Allah sangaaaaat mengasihi kita..takkan kita nak mengendahkan panggilan kasihNya...Oleh itu, jom marilah sahut seruan Rasulullah S.A.W dan ikut perintah Allah lalu berdoa kepada Allah dengan sebaiknya..InsyaAllah n.n
Haura' Munawwarah terbina atas dasar ukhuwwah Fillah oleh ahli2 nya yang berkongsi matlamat yang sama menuju Redha Allah dalam persahabatan mahupun di medan dakwah ini. Kami ingin berkongsi semaksima mungkin kepada dunia, betapa indahnya Islam itu, betapa sweetnya Allah dan Rasul-Nya serta perjuangan para sahabat terdahulu. Kami berhajat untuk menjadikan Islam itu rujukan seantero dunia, Ustaziyatul Alam..InsyaAllah, ameen. semoga Allah memberkati;)