Sabtu, 28 Januari 2012

muhasabah ai (cinta) kepada Ilahi

Bismillahirrahmanirrahim.
Cuti Raya Cina.

Mungkin aku ingin mentarbiyah dzatiyah diriku disini. Di Bumi Shah Alam. Bumi yang akan ku tinggalkan dalam masa 6 bulan lagi. Semoga peninggalanku memberi manfaat kepada biaah (solehah) disini dan semoga aku keluar dengan result A Level yg menjadi alat untuk (2:30) dan (51:56) ku :)

Betapa hebat Allah menciptakan malam dan siang. 

Awal-awal cuti lagi dah plan macam-macam. Jadual belajar, UO (skype) adik-adik, buku yang nak dibaca, nak siapakn unit 6 (walaupun tak sentuh-sentuh lagi), nk jadi muslimat paling berdikari (ngehngehngeh), dan nak gunakan masa seefektif yang mungkin. BEST. Hari Jumaat tu, merantau ke sebuah toko buku bersebelahan bangunan Masjid India. Rasa macam dh dewasa sangat, bila kena merantau sendiri (dengan 2 orang rakan - atleast). Mula-mula rasa, bazir masa ke tak, bazir masa ke tak.. Tapi bila fikirkan balik, yang kita buat semua tu, jika niatkan untuk beribadah dan ingin ditarbiyah dari Allah, insyaAllah, we will be rewarded. insyaAllah.

Dan,memang rasa ditarbiyah waktu tu jugak. Subhanallah. tapi ni mungkinlah kelemahan bila jadi orang sains stream kot. mungkin orang lain dah tahu. tapi aku macam baru tahu. emmmm. takde orang bagitahu kot. Macam ni, sampai je kat kawasan Masjid,orang berpusu-pusu jalan ke arah Masjid bawak sejadah kat bahu. Ohho, kami ni pulak berkelam kabut mencari toko buku tu. 

Masuk simpang ni, ada saf, masuk simpang depan, ada lagi saf, sampai la satu lorong..yang agak luas, mungkin ni main lorong kot,aku melihat para mukmin yang sedang rukuk. dan kemudian sujud. Ramai visitors yang mengambil gambar dan terpegun. Allahuakbar. Dalam hati nak je jadi speaker kat orang2 putih tu, explain apa yg sedang para mukmin ni buat. Tapi.. ramainya ahli jemaah disitu.. Malu pun ada, sebab yang solat Jumaat semua lelaki >.<

bukan camera ana. hanya mampu copy dari tumblr
 walaupun dalam hati sangat-sangat nak jadi macam  photographer ni.


Kini aku cuba mengamati dunia dari sudut pandangan yang berbeza. Weeehooo. "Dunia ni sebagai tempat bercucuk tanam. Dan hasilnya kita akan kecapi di akhirat nanti". Ayat ni biasa lah tu diungkapkan tapi sejauh mana kita faham sefaham-fahamnya? Ok, jom check balik tujuan kita dihidupkan. (2:30) dan (51:56). menjadi khalifah dan beribadah. SPM dah belajar lah KAK! (ohh suara-suara sengau itu kedengaran lagi). Baiklah. Tak kisah, nak share jugak! Actually, boleh lah kita analogikan dengan telur kuning dan telur putih. Antara telur putih and telur kuning, mana satu yang lagi penting? ADE ORANG KATA, TELUR TAK PENTING. oh Ya Allah. 

Telur kuning tu anak ayam. kira matlamat penciptaan telur tu. Telur putih pula, region yang mmbekalkan nutrient dan apa-apa yg diperlukan untuk pertumbuhan anak ayam tu kan. Jadi, yang mana lebih penting? telur putih atau telur kuning? Kalau lah, telur putih sikit je, agak-agak cacat tak anak ayam tu ek. Tapi kalau telur kuning(matlamat) tu besar gila, telur putih (alat) takdak, tak boleh juga ye. emm emm.

Jadi, cuba letakkan matlamat penciptaan kita tu sebagai telur kuning.  (2:30) dan (51:56) di region telur kuning. dan apa-apa yang kita boleh buat, untuk support matlamat tu, kita letakkan di region telur putih (alat). Seperti study kita lah, as well as most of us are student right. Jadi, gunakan study tu sebagai alat yang terbaik untuk capai matlamat penciptaan kita. Tu baru salah satu contoh. kalau yang lebih simple, makan. Kalau kita gunakan makan sebagai alat untuk mendapat tubuh badan yang sihat dan kemudiaannya dapat digunakan untuk mencari rezeki, ia juga dikira ibadah. TERBAEK, bukan? makan pun dapat pahala :)
"Tahniah jika anda masih mampu berjalan menggunakan kaki walaupun ramai orang lain sedang berjalan menggunakan tangan" 

menjadi generasi Quran bukan suatu hukuman, namun nikmat yang  tertinggi nilainya.

Muhasabah menjadi lebih baik

Anda pasti mengenali tokoh sains dan teknologi pada abad ke 20 ini. Beliau (en Albert) diakatakan telah menggunakan kedua-dua otaknya secara optimum sehingga menjadi orang yang ssssangattt hebat kan? Biasanya, kita cuma menggunakan sebelah sahaja bahagian otak kita untuk berfikir dan mengakibatkan sebelah lagi bahagian otak kita tidak diaktifkan. Cuba bayangkan dalam kehidupan seharian, anda hanya menggunakan tangan kiri SAHAJA, berjalan dengan kaki kanan SAHAJA, mendengar menggunakan satu telinga SAHAJA walhal anda mmpunyainya dengan sempurna. Begitu juga dengan otak.

Biasanya, students sains banyak mengaktifkan otak bahagian kiri sahaja. Kedua-dua otak adalah sama penting dan untuk menjadi seorang yang cemerlang&hebat, kedua-dua otak perlu digunakan secara harmoni iaitu kedua-duanya perlu diintegrasikan dengan sempurna. (ohho saintifiknya post kali ni.errkk) so biasakan lah bila dah penat-penat buat math atau chemistry, kita sentuh balik buku sejarah. Kalau buku teks sejarah tak menarik, kita sentuh la buku 'Sultan Muhamad Al Fateh'. wahhhha nampak lebih bersemangat!! 

Islam sebenar harus kembali. insyaAllah.
Hari tu ada terdengar, orang bincang-bincang kenapa umat Islam jatuh. 1) sebab mereka tak MENGKAJI SEJARAH. 2) malas. 3) tidak bijak merancang. Source ni tak dapat dipastikan. Tapi once orang dah kata-kata macam tu, mungkin ada betulnya. Mungkin kita dulu study sejarah hanya untuk peperiksaan. Jadi, sekarang, marilah kita mengkaji sejarah. Selain kita dapat tahu sejarah Islam dan faham dengan hati, kita juga dapat menyeimbangkan keaktifan otak. Mungkin anda juga mampu menjadi lebih cemerlang selepas ini!

Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sekiranya di tangan kamu ada benih kurma dan kamu tahu bahawa esok akan berlaku kiamat, maka hendaklah kamu menanam dan jangan biarkan hari kiamat berlaku tanpa menanam benih kurma tersebut"
[Hadis Riwayat Imam Ahmad]
Muhasabah cinta kepada Ilahi di Bumi Intec, Shah Alam. Semoga usaha tak penah lekang dari jasad yang hanya dipinjamkan sementara. 
hauraffna.

Jumaat, 13 Januari 2012

SAYA SUKA HARI JUMAAT!

Assalamualaikum sahabat semua!… pada hari jumaat yang best dan sangat special ni, rasa macam nak share something yang best jugak la.. sebelum tu, ada tak sapa2 perasan, seminggu ni,( lebih kurang dari 9 jan sampai 12 jan) Allah telah banyak kurniakan rahmat hujan kat kita..kadang2 renyai-renyai, dan kadang2, lebat-lebat.. sejuk ja rasa. Tapi, kadang2 macam rindu je kat sang matahari yang comel tu..kan2, ke saya sorang je yang rindu ni? Ok, x pa -___-

Lepas tu, Allah telah pilih hari jumaat yang penuh rahmat ni (13 jan) untuk kurniakan satu cuaca yang panas tapi tak terik dan hujan tapi tak kerap..lebih kurang macam,  cuaca yang sangat redup2, berangin, dan “suam2” je.(eh betul ke guna perkataan ni..suka ati je). Senang cerite, a really wonderful weather la, bak kata encik omputih..

so, apa yang kita bole buat pada hari hari jumaat yang sangat osem ni? Kalau nak ceritaa kat dalam belog ni, sampai tahun depan pun, tak sure abis..korang pun mesti dah tahap penat nak baca.. 

Maka dari itu, (asal ayat standard karangan SPM nih -_-") kawan2 nak dengar tak lagu  hari jumaat dari Raef yang bertajuk ‘It’s Jumuah’ by the Awakening Projects?...





Comel tak lagu ni?  bile bile rasa boring2 nanti, bole dengar lagu ni, sambil-sambil tu, tambah pengetahuan kita tentang perkara-perkara yang bole dilakukan pada hari jumaat… :D


Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).


                                                                                                                                    (ayat 9:62, Al Jumu'ah)

 Tak semestinya, hari jumaat ni, boleh solat jumaat ja, banyak lagi yang kita SEMUAAA bole buat! Encik Raef sebut sikit je dalam lagu  ni..tapi, apa salahnya, buat benda yang kecik2 dulu kan.. seperti memotong kuku dan baca surah Al-kahf..

 Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).

                                                                                                                                    ( ayat 10:62, Al Jumu'ah)


Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam membicarakan perihal hari jumat. Beliau bersabda:

فِيهِ سَاعَةٌ لَا يُوَافِقُهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ وَهُوَ قَائِمٌ يُصَلِّي يَسْأَلُ اللَّهَ تَعَالَى شَيْئًا إِلَّا أَعْطَاهُ إِيَّاهُ وَأَشَارَ بِيَدِهِ يُقَلِّلُهَا

“Di dalamnya ada satu waktu dimana tidaklah seorang hamba muslim mengerjakan shalat lalu dia berdoa tepat pada saat tersebut, melainkan Allah akan mengabulkan doanya tersebut.” Kemudian beliau memberi isyarat dengan tangannya yang menunjukkan sedikitnya saat tersebut.” 

                                                                                           (HR. Al-Bukhari no. 1415 dan Muslim no. 852)


Ini hanya sekadar satu perkongsian yang kecik ciput je yang saya mampu share..^-^ maaflah, kalau tak best ye.. sesungguhnya segala kebaikan datang daripada Allah dan segala kekurangan adalah atas kesilapan saya sendiri..

sahabat2 semua, kalau nak dengar, dengar la.. kalau tak nak dengar, dengar jugak..hehehe..takde la, tak kisah pun.. yang penting, luv u all fillah! <3

Isnin, 9 Januari 2012

Jom bekerja bersama-sama!!

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum kepada para pembaca sekalian (jika ada, InsyaAllah ada).. Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah S.W.T kerana masih lagi memberi peluang untuk kita hidup untuk mengumpul sebanyak mungkin bekalan untuk di bawa ketempat asal kita nanti, tempat yang kita akan dikembalikan nanti.. bersyukur sangat Allah masih memberi peluang ini untuk merasai nikmatnya berkasih sayang kerana Allah.. Allah bagi peluang untuk recharge and topup kan iman yang kadang2 naik and turun terutamanya setelah mengalami fasa kekeringan sepanjang sebulan bercuti semester..

Alhamdulillah, harini diberi peluang oleh Allah untuk bertemu orang2 hebat yakni sahabat2 seperjuangan di Kolej Mara Banting, KMB. starting from the morning, about 9 a.m from Shah Alam, my circle mates and i went to KLIA mosque, having some sharing session with our murobbiah, sis yana and a few sisters fillah from KMB. (tiba2 mood english..hehe) . lepas tu, kami singgah di KMB untuk menunaikan solat zohor dan selepas solat asar kami membuat sharing session lagi, tapi ni versi agak formal sikit, membincangkan tentang gerakkerja2 dakwah and tarbiyah di INTEC dan KMB.. banyak input2 dan idea2 yang Alhamdulillah sangat2 membantu dan InsyaAllah sangat bermanfaat untuk kami menjalankan 'kerja' ini dengan lebih tersusun.. dan InsyaAllah dalam post kali ni nak share la something yang kami dapat sepanjang 'jaulah' sehari ni..yang membuat kami tersentap seketika dan InsyaAllah moga2 selama-lamanya..


Luv them Fillah <3

-apa yang Allah bagi kat kita sekarang ni adalah untuk dakwah.. Allah bagi kita masuk INTEC ni pun adalah untuk dakwah tu sendiri.. takkanlah masa tenaga yang sikit je jika nak dibandingkan ni pun tak boleh nak sumbang dan berkira??  nak study la..apa la.. memang kita di sini untuk study, tapi jangan lupa apa yang lebih penting tu adalah dakwah dan tarbiyah tu sendiri..BUT at the same time, study kena seiring dan jangan abaikan!! we are the khalifah here!! (yang ni tambah2 je).

-Hidup kita ni bukanlah untuk alat sahaja, tapi matlamat tu sebenarnya.. bukan untuk study semata-mata, tapi Abidullah dan Khalifatullah itu sendiri. sentap dengan ayat ni:

Bismillahirrahmanirrahim

" Wahai orang-orang beriman! mengapa apabila dikatakan kepada kamu, Berangkatlah di jalan Allah, kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu lebih menyenangi kehidupan di dunia daripada kehidupan di akhirat? padahal kenikmatan hidup di dunia dibandingkan dengan kehidupan di akhirat hanyalah sedikit."

-Jihad tu bermaksud bersungguh-sungguh sampai kita dah tak mampu sangat nak buat lagi.

-Kita akan diuji dengan rasa lemah dan berat tu.. dan ujian2 dalam tarbiyah ni tak lain tak bukan untuk membersihkan kita dan menjadikan kita lebih kuat dan mantop! dan daripada ujian2 inilah Allah nak tapis golongan2 yang betul2 bersedia berjihad di jalan Allah dengan yang tau cakap tapi tak buat.

-Berehatnya kita nanti dekat akhirat, BUKAN dekat dunia ni!!!



"biar penat sekarang, jangan menyesal nanti"

-ada analogi daripada syeikh mustapha mahsyur, tak ingat yang lengkapnya tapi maksudnya lebih kurang macam ni lah.. dalam satu rumah ni berlaku kebakaran, ada orang tidur dalam rumah ni.. dan kita tersedar berlakunya kebakaran ni.. so, apa kita nak buat? mesti nak selamatkan dan nak keluarkan orang yang tidur tu kan.. tapi tak guna kalau kita usaha banyak mana pun nak tarik orang tu keluar tapi dia tak terjaga daripada tidur tu.. mungkin boleh tarik dia, tapi mesti sangat lambat sebab dia tak sedar dan boleh kita pun boleh terbakar sekali waktu tu kan.. rumah tu ibarat dunia, api tu ibarat kemewahan, kecintaan manusia terhadap dunia ni dan orang yang tidur tu adalah manusia2 yang lalai.. apa yang prnting kat sini adalah untuk bawa manusia tu kembali kepada Allah, nak selamatkan dia dari godaan dunia ni, kita perlulah sedarkan dia kenapa perlu buat ni? apa yang dah terjadi kat dunia sekarang ni.. then baru boleh proceed untuk membina dia kepada Allah.. perlunya memberi kesedaran dahulu supaya dia terjaga dan boleh bertindak...

-Ingat, semua yang kita buat ni kerana Allah.. kita merancang, dan Allah jua merancang tapi perancangan Allah adalah sebaik-baiknya.. dan Allah jugalah yang memegang hati2 manusia.. kepada Allah sahajalah kita memohon :D 

Akhir kata, jazakillah khair buat sahabat2 and akak2 yang sudi meluangkan hujung minggu untuk sharing2 dan membantu kami yang masih baru2 ni.. InsyaAllah, semoga kita sama2 saling memperingati antara satu sama lain.. saling topup menopup iman masing2 yang sering turun naik ni.. Semoga Allah sahaja mengganjari kalian!! Luv u all Fillah <3

p/s: selamat berjuang, bittaufiq wannajah buat sahabat2 seperjuangan di INTEC yang akan menduduki A-Level pada esok hari.. InsyaAllah, jika kamu menolong agama Allah, Allah akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.. Allah akan lihat segala usahamu itu!!!


nailahalfarafisyah.
shah alam.
 
Copyright (c) 2010 Haura Munawwarah. Design by WPThemes Expert
Themes By Buy My Themes And Cheap Conveyancing.