Bismillahirrahmanirrahim.
Cuti Raya Cina.
Mungkin aku ingin mentarbiyah dzatiyah diriku disini. Di Bumi Shah Alam. Bumi yang akan ku tinggalkan dalam masa 6 bulan lagi. Semoga peninggalanku memberi manfaat kepada biaah (solehah) disini dan semoga aku keluar dengan result A Level yg menjadi alat untuk (2:30) dan (51:56) ku :)
Betapa hebat Allah menciptakan malam dan siang. |
Awal-awal cuti lagi dah plan macam-macam. Jadual belajar, UO (skype) adik-adik, buku yang nak dibaca, nak siapakn unit 6 (walaupun tak sentuh-sentuh lagi), nk jadi muslimat paling berdikari (ngehngehngeh), dan nak gunakan masa seefektif yang mungkin. BEST. Hari Jumaat tu, merantau ke sebuah toko buku bersebelahan bangunan Masjid India. Rasa macam dh dewasa sangat, bila kena merantau sendiri (dengan 2 orang rakan - atleast). Mula-mula rasa, bazir masa ke tak, bazir masa ke tak.. Tapi bila fikirkan balik, yang kita buat semua tu, jika niatkan untuk beribadah dan ingin ditarbiyah dari Allah, insyaAllah, we will be rewarded. insyaAllah.
Dan,memang rasa ditarbiyah waktu tu jugak. Subhanallah. tapi ni mungkinlah kelemahan bila jadi orang sains stream kot. mungkin orang lain dah tahu. tapi aku macam baru tahu. emmmm. takde orang bagitahu kot. Macam ni, sampai je kat kawasan Masjid,orang berpusu-pusu jalan ke arah Masjid bawak sejadah kat bahu. Ohho, kami ni pulak berkelam kabut mencari toko buku tu.
Masuk simpang ni, ada saf, masuk simpang depan, ada lagi saf, sampai la satu lorong..yang agak luas, mungkin ni main lorong kot,aku melihat para mukmin yang sedang rukuk. dan kemudian sujud. Ramai visitors yang mengambil gambar dan terpegun. Allahuakbar. Dalam hati nak je jadi speaker kat orang2 putih tu, explain apa yg sedang para mukmin ni buat. Tapi.. ramainya ahli jemaah disitu.. Malu pun ada, sebab yang solat Jumaat semua lelaki >.<
bukan camera ana. hanya mampu copy dari tumblr walaupun dalam hati sangat-sangat nak jadi macam photographer ni. |
Kini aku cuba mengamati dunia dari sudut pandangan yang berbeza. Weeehooo. "Dunia ni sebagai tempat bercucuk tanam. Dan hasilnya kita akan kecapi di akhirat nanti". Ayat ni biasa lah tu diungkapkan tapi sejauh mana kita faham sefaham-fahamnya? Ok, jom check balik tujuan kita dihidupkan. (2:30) dan (51:56). menjadi khalifah dan beribadah. SPM dah belajar lah KAK! (ohh suara-suara sengau itu kedengaran lagi). Baiklah. Tak kisah, nak share jugak! Actually, boleh lah kita analogikan dengan telur kuning dan telur putih. Antara telur putih and telur kuning, mana satu yang lagi penting? ADE ORANG KATA, TELUR TAK PENTING. oh Ya Allah.
Telur kuning tu anak ayam. kira matlamat penciptaan telur tu. Telur putih pula, region yang mmbekalkan nutrient dan apa-apa yg diperlukan untuk pertumbuhan anak ayam tu kan. Jadi, yang mana lebih penting? telur putih atau telur kuning? Kalau lah, telur putih sikit je, agak-agak cacat tak anak ayam tu ek. Tapi kalau telur kuning(matlamat) tu besar gila, telur putih (alat) takdak, tak boleh juga ye. emm emm.
Jadi, cuba letakkan matlamat penciptaan kita tu sebagai telur kuning. (2:30) dan (51:56) di region telur kuning. dan apa-apa yang kita boleh buat, untuk support matlamat tu, kita letakkan di region telur putih (alat). Seperti study kita lah, as well as most of us are student right. Jadi, gunakan study tu sebagai alat yang terbaik untuk capai matlamat penciptaan kita. Tu baru salah satu contoh. kalau yang lebih simple, makan. Kalau kita gunakan makan sebagai alat untuk mendapat tubuh badan yang sihat dan kemudiaannya dapat digunakan untuk mencari rezeki, ia juga dikira ibadah. TERBAEK, bukan? makan pun dapat pahala :)
"Tahniah jika anda masih mampu berjalan menggunakan kaki walaupun ramai orang lain sedang berjalan menggunakan tangan"
menjadi generasi Quran bukan suatu hukuman, namun nikmat yang tertinggi nilainya. |
Muhasabah menjadi lebih baik
Anda pasti mengenali tokoh sains dan teknologi pada abad ke 20 ini. Beliau (en Albert) diakatakan telah menggunakan kedua-dua otaknya secara optimum sehingga menjadi orang yang ssssangattt hebat kan? Biasanya, kita cuma menggunakan sebelah sahaja bahagian otak kita untuk berfikir dan mengakibatkan sebelah lagi bahagian otak kita tidak diaktifkan. Cuba bayangkan dalam kehidupan seharian, anda hanya menggunakan tangan kiri SAHAJA, berjalan dengan kaki kanan SAHAJA, mendengar menggunakan satu telinga SAHAJA walhal anda mmpunyainya dengan sempurna. Begitu juga dengan otak.
Biasanya, students sains banyak mengaktifkan otak bahagian kiri sahaja. Kedua-dua otak adalah sama penting dan untuk menjadi seorang yang cemerlang&hebat, kedua-dua otak perlu digunakan secara harmoni iaitu kedua-duanya perlu diintegrasikan dengan sempurna. (ohho saintifiknya post kali ni.errkk) so biasakan lah bila dah penat-penat buat math atau chemistry, kita sentuh balik buku sejarah. Kalau buku teks sejarah tak menarik, kita sentuh la buku 'Sultan Muhamad Al Fateh'. wahhhha nampak lebih bersemangat!!
Islam sebenar harus kembali. insyaAllah. |
Hari tu ada terdengar, orang bincang-bincang kenapa umat Islam jatuh. 1) sebab mereka tak MENGKAJI SEJARAH. 2) malas. 3) tidak bijak merancang. Source ni tak dapat dipastikan. Tapi once orang dah kata-kata macam tu, mungkin ada betulnya. Mungkin kita dulu study sejarah hanya untuk peperiksaan. Jadi, sekarang, marilah kita mengkaji sejarah. Selain kita dapat tahu sejarah Islam dan faham dengan hati, kita juga dapat menyeimbangkan keaktifan otak. Mungkin anda juga mampu menjadi lebih cemerlang selepas ini!
Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sekiranya di tangan kamu ada benih kurma dan kamu tahu bahawa esok akan berlaku kiamat, maka hendaklah kamu menanam dan jangan biarkan hari kiamat berlaku tanpa menanam benih kurma tersebut"[Hadis Riwayat Imam Ahmad]
Muhasabah cinta kepada Ilahi di Bumi Intec, Shah Alam. Semoga usaha tak penah lekang dari jasad yang hanya dipinjamkan sementara.
hauraffna.
0 nasihat:
Catat Ulasan