Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum kepada para pembaca sekalian (jika ada, InsyaAllah ada).. Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah S.W.T kerana masih lagi memberi peluang untuk kita hidup untuk mengumpul sebanyak mungkin bekalan untuk di bawa ketempat asal kita nanti, tempat yang kita akan dikembalikan nanti.. bersyukur sangat Allah masih memberi peluang ini untuk merasai nikmatnya berkasih sayang kerana Allah.. Allah bagi peluang untuk recharge and topup kan iman yang kadang2 naik and turun terutamanya setelah mengalami fasa kekeringan sepanjang sebulan bercuti semester..
Alhamdulillah, harini diberi peluang oleh Allah untuk bertemu orang2 hebat yakni sahabat2 seperjuangan di Kolej Mara Banting, KMB. starting from the morning, about 9 a.m from Shah Alam, my circle mates and i went to KLIA mosque, having some sharing session with our murobbiah, sis yana and a few sisters fillah from KMB. (tiba2 mood english..hehe) . lepas tu, kami singgah di KMB untuk menunaikan solat zohor dan selepas solat asar kami membuat sharing session lagi, tapi ni versi agak formal sikit, membincangkan tentang gerakkerja2 dakwah and tarbiyah di INTEC dan KMB.. banyak input2 dan idea2 yang Alhamdulillah sangat2 membantu dan InsyaAllah sangat bermanfaat untuk kami menjalankan 'kerja' ini dengan lebih tersusun.. dan InsyaAllah dalam post kali ni nak share la something yang kami dapat sepanjang 'jaulah' sehari ni..yang membuat kami tersentap seketika dan InsyaAllah moga2 selama-lamanya..
Luv them Fillah <3 |
-apa yang Allah bagi kat kita sekarang ni adalah untuk dakwah.. Allah bagi kita masuk INTEC ni pun adalah untuk dakwah tu sendiri.. takkanlah masa tenaga yang sikit je jika nak dibandingkan ni pun tak boleh nak sumbang dan berkira?? nak study la..apa la.. memang kita di sini untuk study, tapi jangan lupa apa yang lebih penting tu adalah dakwah dan tarbiyah tu sendiri..BUT at the same time, study kena seiring dan jangan abaikan!! we are the khalifah here!! (yang ni tambah2 je).
-Hidup kita ni bukanlah untuk alat sahaja, tapi matlamat tu sebenarnya.. bukan untuk study semata-mata, tapi Abidullah dan Khalifatullah itu sendiri. sentap dengan ayat ni:
Bismillahirrahmanirrahim
" Wahai orang-orang beriman! mengapa apabila dikatakan kepada kamu, Berangkatlah di jalan Allah, kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu lebih menyenangi kehidupan di dunia daripada kehidupan di akhirat? padahal kenikmatan hidup di dunia dibandingkan dengan kehidupan di akhirat hanyalah sedikit."
-Jihad tu bermaksud bersungguh-sungguh sampai kita dah tak mampu sangat nak buat lagi.
-Kita akan diuji dengan rasa lemah dan berat tu.. dan ujian2 dalam tarbiyah ni tak lain tak bukan untuk membersihkan kita dan menjadikan kita lebih kuat dan mantop! dan daripada ujian2 inilah Allah nak tapis golongan2 yang betul2 bersedia berjihad di jalan Allah dengan yang tau cakap tapi tak buat.
-Berehatnya kita nanti dekat akhirat, BUKAN dekat dunia ni!!!
"biar penat sekarang, jangan menyesal nanti" |
-ada analogi daripada syeikh mustapha mahsyur, tak ingat yang lengkapnya tapi maksudnya lebih kurang macam ni lah.. dalam satu rumah ni berlaku kebakaran, ada orang tidur dalam rumah ni.. dan kita tersedar berlakunya kebakaran ni.. so, apa kita nak buat? mesti nak selamatkan dan nak keluarkan orang yang tidur tu kan.. tapi tak guna kalau kita usaha banyak mana pun nak tarik orang tu keluar tapi dia tak terjaga daripada tidur tu.. mungkin boleh tarik dia, tapi mesti sangat lambat sebab dia tak sedar dan boleh kita pun boleh terbakar sekali waktu tu kan.. rumah tu ibarat dunia, api tu ibarat kemewahan, kecintaan manusia terhadap dunia ni dan orang yang tidur tu adalah manusia2 yang lalai.. apa yang prnting kat sini adalah untuk bawa manusia tu kembali kepada Allah, nak selamatkan dia dari godaan dunia ni, kita perlulah sedarkan dia kenapa perlu buat ni? apa yang dah terjadi kat dunia sekarang ni.. then baru boleh proceed untuk membina dia kepada Allah.. perlunya memberi kesedaran dahulu supaya dia terjaga dan boleh bertindak...
-Ingat, semua yang kita buat ni kerana Allah.. kita merancang, dan Allah jua merancang tapi perancangan Allah adalah sebaik-baiknya.. dan Allah jugalah yang memegang hati2 manusia.. kepada Allah sahajalah kita memohon :D
Akhir kata, jazakillah khair buat sahabat2 and akak2 yang sudi meluangkan hujung minggu untuk sharing2 dan membantu kami yang masih baru2 ni.. InsyaAllah, semoga kita sama2 saling memperingati antara satu sama lain.. saling topup menopup iman masing2 yang sering turun naik ni.. Semoga Allah sahaja mengganjari kalian!! Luv u all Fillah <3
p/s: selamat berjuang, bittaufiq wannajah buat sahabat2 seperjuangan di INTEC yang akan menduduki A-Level pada esok hari.. InsyaAllah, jika kamu menolong agama Allah, Allah akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.. Allah akan lihat segala usahamu itu!!!
nailahalfarafisyah.
shah alam.
0 nasihat:
Catat Ulasan