fitrah manusia jika kita sayangkan seseorang, kita nak buktikan.
maka,jika kita sayang,rindu,cinta pada Rasulullah,mcmne nak buktikan?
berapa kali dalam sehari kita selawat pada Rasulullah s.a.w?
berapa kalikah kita lakukan sunnahnya?
berapa kalikah kita ingat baginda?
bagaimana pulak dengan peribadi kita? adakah kita contohi baginda?
ayuh,fikir sejenak..
banyak sudah pengorbanan Rasulullah dalam menyebarkan agama Islam
banyak sudah air mata yang mengalir dari mata baginda
baginda dihina,dicerca, diugut oleh masyarakat
namun baginda masih berdiri teguh dalam menyampaikan dakwah
masih ingatkah saat baginda berdakwah ke Taif?
baginda dibaling batu, hingga berdarah kaki baginda.
Allah mengutuskan malaikat Jibrail
lalu malaikat jibrail berkata
‘Hai Muhammad! Sesungguhnya Allah telah mendengar apa yang dikatakan kaummu tadi, dan apa yang dijawabnya pula. Sekarang Allah telah mengutus kepadamu bersamaku Malaikat yang bertugas menjaga bukit-bukit ini, maka perintahkanlah dia apa yang engkau hendak dan jika engkau ingin dia menghimpitkan kedua-dua bukit Abu Qubais dan Ahmar ini ke atas mereka, niscaya dia akan melakukannya!
tetapi apakah Rasulullah kata?
Jangan… jangan! Bahkan aku berharap Allah akan mengeluarkan dari tulang sulbi mereka keturunan yang akan menyembah Allah semata, tidak disekutukanNya dengan apa pun… !
saat Rasulullah hendak wafat.Rasulullah masih memikirkan umatnya.
subhanaAllah!betapa sayangnya baginda kepada kita.
bagaimana sayang kita pada baginda?
Wahai seorang kekasih telah lama kau dirindui
pilu sedih dalam kerinduan menangis pun tak berair mata
namun hati tetap gembira syafaatmu menanti di sana
Sungguh tabahnya hatimu menanggung derita yang melanda
biarpun perit pedih terseksa kerana umat kau tempuhi jua
Wahai rasul kaulah segalanya contoh terbaik umat akhir zaman
akhlak mu tinggi kan kami jejaki sifatmu sempurna pelengkap peribadi
Wahai rasul kami merindui sinaran wajahmu mendamaikan jiwa
manis senyumanmu penawar hiba di hati kami kaulah segalanya
Wahai seorang kekasih telah lama kau dirindui
pilu sedih dalam kerinduan menangis pun tak berair mata
namun hati tetap gembira syafaatmu menanti di sana
Sungguh tabahnya hatimu menanggung derita yg melanda
biarpun perit pedih terseksa kerana umat kau tempuhi jua
Wahai rasul kaulah segalanya contoh terbaik umat akhir zaman
ahklakmu tinggi kan kami jejaki sifatmu sempurna pelengkap peribadi
Wahai rasul kami merindui sinaran wajahmu mendamaikan jiwa
manis senyumannmu penawar hiba di hati kami kaulah segalanya
Wahai seorang kekasih telah lama kau dirindui
pilu sedih dalam kerinduan menangis pun tak berair mata
namun hati tetap gembira di akhirat kita kan bersua
Masih belum sempurna iman seseorang daripada kalian sebelum diriku lebih dicintai olehnya daripada hartanya,anaknya dan seluruh manusia (riwayat al- Nasa'i)
salam ukhwah.
humaira,kuala lipis
2 nasihat:
apakah tanda kita faham?
faham bagaimana?
Catat Ulasan