Ahad, 27 November 2011

kita adalah ROHHH...?



Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Mas'ud r.a, katanya Rasulullah SAW telah menceritakan kepada kami, sedangkan baginda seorang yang benar dan dibenarkan kata-katanya, sabdanya : ' Sesungguhnya seseorang kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa setitik air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama itu pula, kemudian seketul daging seperti yang demikian itu juga, iaitu 40 hari. Kemudian diutuskan kepadanya malaikat, lalu ditiupkan ROH kepadanya dan diperintahkan menulis empat pekara : rezekinya, ajalnya, amalannya, celaka dan bahagianya. Maka demi Allah yang tiada Tuhan selain daripadaNya, sesungguhnya seseorang kamu itu tetap akan beramal dengan amalan ahli syurga sehinggalah di antaranya dengan syurga itu jaraknya cuma sehasta sahaja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya ( suratan takdir ) sehingga dia beramal dengan amalan ahli neraka, maka masuklah ia ke dalam neraka. Dan sesungguhnya sesaorang kamu tetap akan beramal dengan amalan ahli neraka sehinggalah di antara dirinya dengan neraka cuma sehasta saja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya sehingga dia beramal dengan amalan ahli syurga, maka akhirnya masuklah dia ke dalam syurga itu. "
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dkt atas ni adalah hadith ke4 dalam hadith 40 kumpulan Imam Nawawi..
yang nak dihighlightkan sebenarnya adalah selepas menjadi segumpal darah daripada setitik air mani, kemudian menjadi seketul daging, roh akan ditiupkan dalam jasad manusia..
rasa2 nya kan roh ke jasad kita yang hidup sebenarnya???
means.. Ali ni roh ke jasadnya yg nama Ali??
selalu terfikir pasal ni..hurmm...
 pernahlah dengar someone ckp tp terlupa plk sape..huhu.
yang kita ni sebenarnya roh..
yang Allah tumpangkan dalam jasad manusia kt bumi ni..
untuk mencari bekalan..
buat tiket masuk syurga kt akhirat nanti (47:15)..
tp..
kalau kita ter'stuck' dgn nikmat dan keseronokan dunia ni..
cinta pada dunia telah melekat pada hati kita..
naudzubillahimindzalikk..
neraka telah Allah sediakan buat mereka yang lalai dengan kehidupan dunia..
dunia bukanlah segala-galanya..
kerana..
ada kehidupan yg lebih best dan lama lagi daripada dunia ni..
Allah jdkan dunia untuk kita berlumba2
mengejar MARDHATILLAH..
mcm exam jgk..
kalau kita study last minute..
rasa mcm tak sempat je nak habis baca semua, tu belum lagi buat soalan past years..
exam esoknya.. tak tau kita jawab apa.. hentam sajalah labu..
lepastu, bila dapat result baru nak insaf, baru rasa menyesal tak study awal2..
before exam bukan main enjoy..
shopping sana sini.. movie marathon.. korea..etc2.. stay up smpai pagi..
mcm tak tau je exam dah dekat..
bila mlm before exam barulah tercungap-cungap habiskan silibus..
at the end, jawab tak seberapa pun.. markah pun tak seberapa..


tak larat dah nak study..


...


mcm tu la jgk hidup sebagai manusia..
nak dapat redha Allah kena tahu matlamat hidup..
Allah jadikan kita buat apa?? takkan just nak main2?...


"dan tidaklah kami bermain-main menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada diantara keduanya"
(Ad-Dukhan44:38)

so, Allah pun dah bagitau kt kita apa tujuan Allah ciptakan kita..
semuanya dah tertulis dalam surat2 cinta Allah..


"tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaku"
(Az-Dzariyaat 51:56)


"...Aku hendak menjadikan khalifah di bumi..."
(Al-Baqarah 2:30)


Allah telah ciptakan kita bukan saja2.. tp untuk kita beribadah hanya kpd Allah dan menjadi khalifah di muka bumi ni..
kalau kita tgk smbungan ayat 2:30 ni.. malaikat tanya dkt Allah kenapa cipta makhluk yang akan melakukan kerosakan di muka bumi ni..
Allah jwb "Aku tahu apa yang tidak engkau ketahui"..


Subhanallah.. betapa sayangnya Allah pada manusia

Allah telah memuliakan dan mengangkat darjat manusia untuk menjadi khalifah di bumiNya..
bukan malaikat2, bukan gunung2, bukan planet2..
tetapi kita..
MANUSIA!!


apa lagi??

dah banyak nikmat yang Allah bagi..
takkan kita hanya nak duduk goyang kaki, tgk movie??
hanya menunggu ajal dtg menjemput??
mari bergerak menjadi hambaNya..
dan khalifah di bumiNya:)
kita sama2 jom!!
doakan istiqomah..







p/s: "wahai jiwa2 yang tenang! kembalilah kepada tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai.."


wallahu'alam.
~Nailah AlFarafisyah. Butterworth~

0 nasihat:

Catat Ulasan

 
Copyright (c) 2010 Haura Munawwarah. Design by WPThemes Expert
Themes By Buy My Themes And Cheap Conveyancing.