(Muslim)
| |||
Apabila kita berdoa, lembutkanlah suara, rendahkanlah diri kita di hadapan Pencipta. Janganlah berdoa dengan sombong dan menginginkannya segera dimakbulkan.
"berdoalah kepada Tuhanmu dengan berendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melampaui batas."
(Al-A'raf:55)setelah berdoa, berusaha dengan sedaya upaya atas apa yang kita mampu, agar Allah dapat memperkenankan doa kita. Contohnya, sekiranya kita inginkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan lalu berdoa, tanpa melakukan sebarang usaha..adakah Allah dapat memperkenankannya?
Mungkin Allah menanti-nanti untuk menkabulkan permintaan kita dan sedia membantu kita, tetapi tidak dapat memberinya kerana kita tidak melakukan sebarang usaha untuk mendapatkannya.
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.
(Al Baqarah: 186)
Menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), inilah yang dikatakan berusaha dengan berusaha sebaiknya kerana Allah, sesungguhnya Allah suka orang yang berusaha dan sentiasa dekat dengan kita..
tidakkah anda rasa Allah sangaaaaat mengasihi kita..takkan kita nak mengendahkan panggilan kasihNya...Oleh itu, jom marilah sahut seruan Rasulullah S.A.W dan ikut perintah Allah lalu berdoa kepada Allah dengan sebaiknya..InsyaAllah n.n
Amiin..
2 nasihat:
salam alaik..sangat menarik..jzkk kpd yang post..kadang2 Allah menangguhkan doa kita dulu sebab mahu mendengar rintihan kita lagi..:)
ezza-
setujuu sgt dengan masyi..(n.n)
Catat Ulasan