Assalamualaikum semua,
Sedar tak sedar Ramadhan sudah hampir tiba ke penghujungnya..
sejauh manakah kita telah bersungguh-sungguh dalam Ramadhan kali ni?
cukupkah segala amalan yang kita telah lakukan di bulan Ramadhan ini?
sudah layakkah kita mendapat sijil "TAQWA" yang Allah janjikan bg mereka yang berpuasa?
Maksudnya: wahai orang-orang yang beriman! diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang-orang terdahulu sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa. (2:183) |
Allah dah sebut dah, dengan berpuasa, mudah-mudahan kamu bertaqwa..
so, taqwa ni merupakan indicator puasa kita..
sama ada puasa kita kali ni memang sebenar-benar puasa, ataupun sekadar mendapat lapar dan dahaga..
Ibadah solat akan melahirkan khusyuk, zakat membawa kepada keberkatan rezeki, haji pula mabrur hasilnya.. bagaimana pula dengan puasa???
TAQWA lah jawapannya..
apakah yang dimaksudkan dengan TAQWA itu?
dengan bahasa mudahnya, taqwa adalah berhati-hati..
namun, Imam Al-Ghazali mendefinisikan taqwa sebagai 'menjauhkan diri daripada perbuatan yang boleh memudaratkan agama, serta mensucikan hati daripada kejahatan yang belum pernah dilakukan dengan sebab kekuatan azam untuk meninggalkannya'..
oleh itu, mari kita bersama-sama koreksi diri..
masih belum terlambat lagi..
mendapatkan TAQWA tersebut..
kerana kita masih lagi di bulan Ramadhan..
dan kita masih ada masa lagi untuk mengejar ibadah pada malam lailatul qadr..
iaitu malam yang mana segala amalan yang kita lakukan bersamaan amalan selama seribu bulan..
Subhanallah..
sungguh sayangnya Allah pada kita umat nabi Muhammad yang jangka hayatnya singkat ini..
untuk beribadah dan mengejar pahala seperti umat-umat yang lain yang hidup mereka sehingga beribu-ribu tahun lamanya..
jadi, marilah kita bersama-sama untuk tidak melepaskan peluang keemasan ini!!
mungkin juga kita tidak akan bertemu lagi Ramadhan2 yang akan datang..
inilah masanya.. setelah kita terlalu banyak melakukan dosa..
sisa-sisa hidup kita yang tidak dihabiskan untuk beribadah kepada Allah..
mari kita topup balik.. dengan ibadah seribu bulan..
semoga Allah menerima ibadah kita.. insyaAllah.. ameen:)
jom bermunajat pada Allah setiap pagi | ! |
~Nailah AlFarafisyah. Shah Alam~
0 nasihat:
Catat Ulasan