Jumaat, 1 Julai 2011

JOM BERDOA...('-')

Dari Abu Hurairah r.a bahawa nabi SAW telah bersabda:”Allah sentiasa memperkenankan doa seorang hamba selama doa itu tidak mengandungi (perkara) dosa, (perkara yang) memutuskan silaturrahim dan selama tidak meminta supaya cepat-cepat diperkenankan.” Lalu baginda ditanya oleh seseorang:”Apa maksudnya meminta dicepatkan?”Jawab baginda:”Umpamanya seseorang itu berkata dalam doanya:”Aku telah berdoa, aku telah berdoa tetapi aku belum melihat doaku diperkenankan. Lalu aku putus asa dan berhenti berdoa.”         
                                                                                                   (Muslim)


Betulkah setiap doa akan dikabulkan oleh Allah ? Mungkin ada antara kita yang telah berdoa sesuatu namun tidak merasakan keberhasilannya. Selaku hamba, kita harus menyedari bahawa kita tidak berhak memaksa Allah kerana kitalah yang berhajatkan sesuatu bukan sebaliknya. Sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita atau mungkin Allah mempunyai ketentuan lain yang tidak kita ketahui. Mungkin juga doa kita bukan tidak dikabulkan tetapi ditunda waktunya atau diganti dengan yang lebih baik. Nabi Zakaria a.s adalah contoh manusia yang sangat kuat nilai kesabarannya. Baginda telah puluhan tahun berdoa agar dikurniakan zuriat namun belum dikabulkan Allah. Antara isi doa baginda ialah: “Ya Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah ditumbuhi uban, dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepada Engkau, ya Tuhanku. (Maryam:4) sehingga pada akhirnya Allah SWT memakbulkan permintaan baginda dengan mengurniakan seorang anak lelaki bernama Yahya. Begitulah sikap yang seharusnya kita contohi iaitu jangan sekali-kali kecewa dalam berdoa.


Apabila kita berdoa, lembutkanlah suara, rendahkanlah diri kita di hadapan Pencipta. Janganlah berdoa dengan sombong dan menginginkannya segera dimakbulkan. 

"berdoalah kepada Tuhanmu dengan berendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melampaui batas." 
                                                                                                                     (Al-A'raf:55)
 
setelah berdoa, berusaha dengan sedaya upaya atas apa yang kita mampu, agar Allah dapat memperkenankan doa kita. Contohnya, sekiranya kita inginkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan lalu berdoa, tanpa melakukan sebarang usaha..adakah Allah dapat memperkenankannya?
Mungkin Allah menanti-nanti untuk menkabulkan permintaan kita dan sedia membantu kita, tetapi tidak dapat memberinya kerana kita tidak melakukan sebarang usaha untuk mendapatkannya.


Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.
                                                                                     (Al Baqarah: 186)


Menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), inilah yang dikatakan berusaha dengan berusaha sebaiknya kerana Allah, sesungguhnya Allah suka orang yang berusaha dan sentiasa dekat dengan kita..


tidakkah anda rasa Allah sangaaaaat mengasihi kita..takkan kita nak mengendahkan panggilan kasihNya...Oleh itu, jom marilah sahut seruan Rasulullah S.A.W dan ikut perintah Allah lalu berdoa kepada Allah dengan sebaiknya..InsyaAllah n.n


Amiin..


2 nasihat:

~masyi~ berkata...

salam alaik..sangat menarik..jzkk kpd yang post..kadang2 Allah menangguhkan doa kita dulu sebab mahu mendengar rintihan kita lagi..:)

Haura Munawwarah berkata...

ezza-

setujuu sgt dengan masyi..(n.n)

Catat Ulasan

 
Copyright (c) 2010 Haura Munawwarah. Design by WPThemes Expert
Themes By Buy My Themes And Cheap Conveyancing.