Khamis, 24 November 2011

MLM (mari laksanakan matlamat)


Assalamualaikum w.b.t.

Rasanya sudah lama sangat tidak menulis dalam blog ni..semenjak-dua menjak ni banyak perkara yang berlaku..teringin sangat nak share..tapi InsyaAllah, akan dishare sikit2 dulu..satu persatu..kekangan masa menyebabkan berfikir dua tiga kali nak mengupdate blog ni..Alhamdulillah, dengan kesempatan yang sikit dan terbatas ni dapat jugak diluangkan untuk share something best!

kalau melihat kepada tajuk di atas, agak2nya apa lah yang hendak di share kan melalui MLM ni..mungkin nak promote bisnes MLM??tau ke apa MLM ni? dlm bahasa Inggerisnya MLM adalah 'MULTI LEVEL MARKETING'.. seperti contoh MLM yang femes dekat Malaysia ni spt produk Zhulian or Skor A yang mana mrk2yg join MLM ni just cari orang2 bawah utk jual produk ni dan selepas tu income mereka akan sentiasa masuk walaupun duduk dkt rumah saje..best tak? best kan.. cara yang mudah dan senang untuk jadi kaya dan dapat duit banyak dalam masa yang singkat..huhu.

kan best kalau dakwah berkembang mcm ni..


tapi, apa yang kami nak share kt sini adalah something yang lebih besar dan lebih menguntungkan daripada MLM.. sebabnya perniagaan ni bukan saja menguntungkan di dunia, tapi juga di akhirat lebih2 lagi..let's look on
As-Saff, verses 10-12:


"Wahai orang-orang yang beriman! Apakah kamu suka Aku tunjukkan kepada kamu suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab dari pedih? "



"Iaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan jiwa raga kamu. Itulah yang lebih baik untuk kamu jika kamu mengetahui."


"Nescaya, Allah mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya berbagai-bagai sungai, dan menempatkan kamu di kediaman-kediaman yang selesa di dalam syurga-syurga ‘Adni. Itulah keuntungan yang amat besar."


(As-Saff, 61:10-12)


suka sangat ayat ni!! sungguh bermotivasi.. Allah offer 1 perniagaan kat kita yang mana kita memang takkan rugi di dunia lebih2 lagi diakhirat..
perniagaan ni just need kita untuk beriman kepada Allah dan Rasul dan berjihad dgn harta dan jiwa je..
memang! bukan mudah untuk beriman dengan sebenar-benar iman kepada Allah dan Rasul..
cakap mcm senang je dia ni..
memang bukan senanglah.. sebab itu ganjaran dia pun hebat!!siapa taknak masuk syurga? yang didalam Al-Quran diberitahu bahawa terdapat sungai2 yg mengalir dibawahnya, ada sungai susu, madu, arak.. serta singgahsana yang indah2..kita tinggal selama-lamanya di dalam nya.. taknak ke??? subhanallah..


mmg itu cita2 terbesar setiap orang yang beriman..
jadi, mujahadah perlu kuat kerana syurga itu indah dan manis..


cuba tengok mereka2 yg join MLM ni sangat semangat mencari org2 bawahan..
almaklumlah.. duit masuk bila dapat cari orang.. sampai ada yg terpaksa menipu kwn sendiri..huhu.
nikmat dan kesenangan dunia memang best.. siapa taknak duit beribu2 kan..


tapi, alangkah bestnye kalau mereka2 ini faham Islam dengan kefahaman yg sebenar..
mesti ramai shbt2 seperti Mus'ab bin Umair, Abdullah Ummi Makhtum, Abu Ubaidah Al-Jarrah, Muadz Bin Jabbal dapat dilahirkan..
dan mempunyai semangat yang berkobar2 utk menyebarkan Islam ke pelusuk dunia..


Islam akan berada di atas suatu hari nnti..  dan kitalah pejuangnya!!!


InsyaAllah.. mohon pada Allah moga2 Allah membukakan pintu2 hati para pemuda dan pemudi Islam serta memberi kefahaman Islam yang sebenar kepada kita semua.. ameenn.


p/s: pesanan utk kami sendiri supaya jgn cpt futur dan terus berjuang!!!!


~Nailah AlFarafisyah. Shah Alam~

0 nasihat:

Catat Ulasan

 
Copyright (c) 2010 Haura Munawwarah. Design by WPThemes Expert
Themes By Buy My Themes And Cheap Conveyancing.