Rabu, 2 November 2011

SATU SOALAN BUAT HAWA & SATU JAWAPAN DARI ADAM

Satu Soalan Buat Hawa.

Pandang kanan, awek shawl merah jambu ala-ala yuna. baju sendat. vogue.
...
Pusing kiri, awek shawl kelabu bak hana tajima. tengkuk terdedah. gorgeous.

Tengok depan, awek legging rambut rebonding paras belikat. baju lengan pendek. stylo.

Toleh belakang, awek skinny dengan blouse labuh tutup punggung. tak bertudung. heels 4 inci. WOW.

***

Satu soalan buat hawa, 
Ini ke yang KITA nak? berfesyen tanpa meletakkan agama sebagai tapisan? fesyen didahulukan, agama dikemudiankan? betul ke?

 
Satu soalan buat hawa,
Selesa ke kita dengan penampilan sebegitu? menjadi perhatian kaum lelaki yang lazim dengan mata keranjang? segenap tubuh diratah mata manusia?

Satu soalan buat hawa, 
Apa tujuan sebenarnya berpakaian sedemikian? maybe sebab nak nampak cool di kalangan teman-teman? sentiasa up-to-date? lepas tu apa? mungkin, mula-mula rasa best, lama-lama jadi bangga dengan diri sendiri..lagi lama-lama ?nak jadi apa.. riak?...ah!, kita nak riak ke?

Satu soalan buat hawa, 
Adakah dengan berbaju kurung bertudung litup kita akan dianggap kuno? adakah dengan fesyen lilit-lilit shawl akan jadikan seorang yang up-to-date dengan fesyen terkini? nahh~

Satu soalan buat hawa,
Adakah dengan berpakaian sopan akan menjejaskan kecantikan kita? akan menjadikan nampak buruk? nampak kecundang dalam dunia moden?

Satu soalan buat hawa, 
Selalunya, perempuan berfesyen untuk kepuasan sendiri..siapa setuju mesti tengah senyum-senyum, angguk-angguk kepala ni..tapi pernahkah kalian sedar bahawa diri seorang perempuan takkan pernah puas?

***                                                                                                       

Satu jawapan dari adam, 
Seorang perempuan yang tertutup sempurna auratnya lebih bernilai di mata lelaki untuk dijadikan teman seumur hidup.

Satu jawapan dari adam, 
kecantikan seorang wanita yang menjaga auratnya dari dipandang lelaki yang bukan halal baginya adalah lebih mahal dari dunia dan segala isinya.

Satu jawapan dari adam, 
Kecantikan si berbaju kurung yang bertudung takkan dapat ditandingi oleh yang lain. cantik, cun, ayu, dan sopan. 4 in 1 gitu..

Islam membenarkan fesyen tapi islam jugak melarang tabarruj. Allah tak suka mereka yang berlebih-lebihan. so, mari  jadi bersederhanalah!~

"Sepantas mana pun kita lari untuk mengejar kepuasan diri, kita takkan pernah dapat mencapainya kerana kepuasan yang sebenar berada diantara kita dengan si pencipta, ALLAH SWT.."
saya terjumpa article ini kat wall FB sahabat saya..nampak menarik, so, saya share dengan antumna semua~                                          
harap bermanfaat..insyaAllah..
jazakillah kerana membaca.

0 nasihat:

Catat Ulasan

 
Copyright (c) 2010 Haura Munawwarah. Design by WPThemes Expert
Themes By Buy My Themes And Cheap Conveyancing.