Cuti semester tiga.
Mahu sangat agar cuti ini seperti berdaurah di rumah sendiri. Aku ingin menjadi murabbi kepada adik-adik ku yang dikasihi. Mahu mereka berfikir sejenak apakah dunia ni hanya sekadar perlu dijalani tanpa panduan dari Tuhan yang Esa. Apakah realiti hidup ini.
Memang tak dapat disangkal, apabila berada di jalan DnT ini, persoalan yang sering bermain di benak pemikiran. Apakah mungkin kita akan meninggalkan keluarga kita jauh kebelakang, dan tanpa menghulurkan tangan?
Sebelum memulakan perjalanan dan bermusafir pulang ke rumah, ade beberapa plan yang telah dibincangkan dengan kawan perempuan yang lain, yang memberikan idea dan strategi tak lupa juga nasihat-nasihat berguna how to catch our sisters' and brothers' heart at home.
"Di setiap kota terdapat pusat pembangkit tenaga elektrik. Para pegawai memasang instalisasinya di seluruh penjuru kota, memasang tiang dan kabel, setelah itu aliran masuk ke pabrik-pabrik, rumah-rumah dan tempat-tempat lain. Jika aliran eletrik tersebut kita matikan dari pusat pembangkitnya, nescaya seluruh penjuru kota akan gelap gelita. Padahal saat itu tenaga eletrik ada dan tersimpan di pusat pembangkit eletrik, hanya saja tenaga eletrik yang ada TIDAK DIMANFAATKAN" - Imam Syahid Hasan Al Banna.Aku tersentuh seketika dengan pengucapan AsSyahid (semoga Allah merahmati beliau). Allah telah beri aku nikmat kefahaman (alhamdulillah), tapi kalau aku tak guna dan sengaja tak bergerak, nescaya 'kota' yang dimaksudkan assyahid sebagai ummah ini hilang tanpa arah. Lantas berfikir, wujudkan cuti dalam diri seorang mukmin dan muslim dalam aktiviti ibadahnya, dalam ketaatannya. Pastinya tidak.
change before you regret toward something. |
Sebelum mentarbiyah adik-adik, diri ini juga perlu ditarbiyahkan agar kuat di dalam. Perlu bijak dan tidak boleh terlalu tegas untuk mendekati diri adik yang berumur 8 tahun. Kerana,aku terlalu yakin, kesan psikologi televisyen terhadap adik ku itu telah berkesan. Sedih. Aku juga mangsa keadaan pada waktu dulu. Bersyukur. Aku diberi kesempatan untuk berkongsi tentang ini kepada mereka yang aku cintai. Ya Allah, aku mohon diberi kekuatan dalam ujian ini dan tak futur!
Pagi hari pertama cuti dirumah itu diajak pergi ke kebun. Udara segar masuk ke hidung. Ayam dan angsa menyapa. Alhamdulillah nikmat dan tadabur alam. Ibu menyuruh aku mencabut rumput di batas-batas nenas. (pilihan ke dua untuk masuk ke hutan mencari kayu). Lebih rela mencabut rumput.
IBRAH NENAS
Aku lantas mengambil sarung tangan dan pergi ke batasan nenas. Rumput yang dicabut pada permulaanya mudah. Masih di sekitar sahaja. Memang mudah. Tanpa lengah lagi, aku menuju ke batasan kedua, perlu kerja keras. Rumput tumbuh ditengah-tengah antara dua pokok. Duri-duri yang menusuk kulit sangat memilukan. Ibu kata, "lembut sangat, mcam mana nak survive nanti." Aku hanya 'telan' kata-kata itu. Mungkin betul, baru buat kerja sikit , baru kena duri sikit dah mengeluh.
gambar hiasan. |
Akhirnya sampai ke batasan ke tiga, aku melihat ini sebagai ujian dan penambah kekuatan hati. Luka makin bertambah. (semangat kan diri). Sebenarnya, aku kerja kuat ni untuk buangkan rumput yang sebenarnya mengganggu pertumbuhan pokok nenas tu. Lepas tu, buat tanah lebih subur. Walaupun sukar, tapi sebenarnya memang beri kebaikan kepada pokok nenas tu sendiri.
Begitu juga para dai'e, anda dan diri ku mungkin sahaja baru bertandang ke medan ini. Mulanya kelihatan mudah, kerana mungkin kita masih di 'ruang yang berhawa dingin dan belum keluar ke jalan yang berhaba'. Kau disakiti, kau dilukai, namun tahukah kau, itu hanya sebenarnya penapis bagi mengutkan ketaqwaanmu dan demi menjalankan perintah Tuhan yang Maha Satu. Bukan melakukan sesuatu yang sia sia tapi niat murnimu untuk membangkitkan ummah. Ummah yang semakin tenat memerlukan daie sepertimu yang kental jiwanya dan tabah.
Walaupun terpaksa melayan karenah adik bongsu yang hmmmmmmmmmmp. Mantapkan lah iman di hati dan bersabarlah! Sesungguhnya kita akan temui kejayaan itu nanti. Amin.
"Kebahagian dan ketenangan yang berpanjangaaaaaaaaaaan. Tahun sudah berganti. Mabrouk bagi yang mengakhiri tahun 1432H dan memulakan tahun 1433H di rumah-rumah Allah. Mari kerja keras menuju redha Allah."
Bersabar. |
salam.
hauraffna. kota tinggi.
1 nasihat:
yeay! berdaurah di rumah sendiri:)
kita buat ISK kt rumah..hehe.
InsyaAllah.. semoga terus kuat dirumah..
perkongsian yg menarik:) jzkk ukhti..
Catat Ulasan